Saturday, December 3, 2011

Salam Lebaran 2011

Gambar mase raya puasa 2011, ni adalah 'first time' raya sebagai suami jadi ade la peluang untuk bergambar bersama-sama. Nak pegi studio sebenarnye aku ni jenis xsuke berposing dan xboleh la nak posing, senang cakap KAYU la kot.

Jadi kesudahannya aku pacak tripod dan berbekalkan 1 bijik SB600+white umbrella, so aku ambik la sendiri pakai timer. Ni lah hasilnya..layannnzzz.....



Intro

episod 1


episod 2

episod 3

episod 4

episod 5

episod akhir

Friday, December 2, 2011

Concept Outdoor

Gambar yang diambil ketika berkunjung ke Kuala Koh, Gua Musang bersama beberapa orang teman dari Terengganu. Layanzzzz....



Thursday, December 1, 2011

Pasar Besar Siti Khadijah | KB

Gambar ni dah lama sekitar ogos, dirakam ketika outing bersama teman dari Dungun, Terengganu. Kalau aku sorang2 memang tak terpegi jugak la, kebetulan ada kawan jadi boleh la snap 2,3 keping gambar di pasar ni. Sebenarnya ini adalah lokasi wajib dikunjungi oleh pelancong terutamanya yang pertama kali sampai ke negeri cik siti wan kembang ni. Layannzzz je sedikit gambar2 di bawah.

Aktiviti jual beli ikan

Suasana di ruang legar utama

Kebanyakan jurujual dipelopori  oleh kaum hawa

Duit, duit, duit...

Gambar2 ni diambil menggunakan kamera D90 + 50mm f1.8 dan Tokina 11-16 f2.8

Tuesday, November 29, 2011

Journey to Cameron Highland

Gambar-gambar yang sempat diambil ketika bercuti di cameron highland. Kebanyakan gambar diambil menggunakan kamera D90 + Tokina 11-16 f2.8

Rumah - rumah pekerja ladang teh BOH


Pemandangan Ladang teh BOH yang sungguh mengasyikkan antara tempat-tempat yang wajib dilawati ketika berkunjung ke Cameron Highland.

Dekorasi ' Walkway' BOH Tea Shop


Produk madu yang dijual di Pasar malam antara tarikan utama pembeli ke Cameron Highland

Madu Segar dari ladang.

Strawbery Coklat yang boleh didapati di Cameron Highland

Monday, November 28, 2011

Street Shoot | KL


Bosan - bosan di hujung minggu, kuar la jalan-jalan sambil outing sorang2 sekitar Bandar KL. Macam2 gelagat manusia boleh tengok, agak best la tetapi meletihkan bile jalan kaki jauh ditambah lagi dengan rasa takut2 untuk ambil gambar 'street' ni...layannnzzz je gambar2 yang sempat dirakam ni.
Gambar peminta sedekah yang bertongkat ini dirakam di sekitar KL ketika dia sedang berehat di kaki lima.  

Keadaan 'homeless' yang menghiasi bandar KL mencacatkan pemandangan dan mewujudkan keadaan yang kurang selesa kepada orang ramai.

Gambar ini dirakamkan ketika melihat gelagat seorang kanak-kanak yang berada di pangkuan ayahnya memerhati gelagat pelajar sekolah di sekitar Penjara Pudu. 

Saya tertarik untuk merakamkan gambar ini setelah melihat seorang pakcik tua meredah kesibukan Kota bersama basikal yang bermuatan penuh dengan barang keperluan harian sedangkan orang ramai tidak lagi menggunakan basikal di KL.

Keadaan burung-burung merpati yang begitu jinak di sekitar kaki lima menghiasi permandangan KL.

Kedai membaiki motosikal lama di tengah-tengah bandaraya KL yang lengang pada hujung minggu.

Kebanyakan gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera D90 + nikkor 50mm f1.8. Layannzzz....

Sunset at Putrajaya



Sunset Moment Captured During Outing With My Lovely Wife

After two days spend time at Putrajaya, Alhamdulillah I got a chance to capture this moment.



Captured with D90 + Tokina 11-16 f2.8



Captured with D90 + Tokina 11-16 f2.8



Captured with D90 + Tokina 11-16 f2.8




Captured with D90 + Tokina 11-16 f2.8 + ND400



Captured with D90 + Tokina 11-16 f2.8 + ND400